Wednesday, July 28, 2010

Ayat Seribu Dinar

“Wamayya taqillaaha yaj ‘allahu mahrajan. Wayarzuqhu minhaitsu laayahtasib, wamayya tawaqal ‘alallaahi fahuwa hasbuhu inalallaha balighu amrihi qad ja ‘alallaahu liqulli syai in qodron.”

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (Atholaaq ayat 2 dan 3)

Diceritakan bahwa seorang saudagar telah mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja. Dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Menurut riwayat, di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Ayat seribu dinar ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jika dibaca ayat ini pada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jika mengalami suatu kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana orang zalim, mendapati perang yang ditimbulkan oleh musuh Negara, amalkanlah selalu ayat aeribu dinar setelah sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan akan dilepaskan oleh Allah Ta’ala dan senantiasa mendapat perlindungan dari NYA.

Jika anda berperang melawan musuh, tiada binasa atau tiada terbakar oleh api, jika di pukul dengan besi tiada berasa dan tiada binasa dari semua benda yang berbahaya, hendaklah amalkan ayat ini dan bertawakkallah kepada Allah. Caranya: bacalah ayat ini sesudah sembahyang lima waktu tujuh kali dan juga baca ketika hendak tidur sebanyak tiga kali, Agar selamat dalam perjalanan atau ditujuan hendak keluar rumah dibaca sekurang-kurangnya tiga kali. wallahualam

Amalan Selawat Menguatkan Jantung

Selawat ini cukup diamalkan dan dibaca 1x pada setiap pagi dan petang.

Dalam pengamalan yang lain, ianya diamalkan ketika bangun waktu subuh, ditempat yang lapang seperti beranda atau halaman rumah sambil mengadap kiblat.

Amalan yang dibaca ialah :

1. Al-Fatihah 1x.

2. Sambil tangan kanan memegang dada sebelah kiri, bacalah selawat ini :


اللهم صل على قَلْبِ سيدنا محمد


3. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan, kemudian jatuhkan tangan kanan.

Ulangi kaedah ini sekurang-kurangnya 7x.